Aku DApat SuMbEr ni DAri inTerNet Gak...MnE YAng Ok InGat NAk TrY GAk...KadanG2 Nk Cbe Tapi BAhan Plak Xde...Nk Tgk Mne Bahan YAng SeNang Dapat LeH Lah Try..aKu ShaRe Ngan KorAng Tp RisiKo DiTanggUng aNda SeNDiri La..HihiHIi...sBB aKu Pn BAru nk Try....HihihIHIiii...Ni aMAlan TRadisiOnal So KiTe CuBe Dan LiHAt.....
Untuk menghilangkan kedut, menegangkan kulit:
- Daun Katuk atau Cekur Manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.
- Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah . Biarkan kering dan bilas bersih.
- Ambil pisang embon 2 biji. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Bila kering bilas bersih.
- Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, Kisarkan atau (blender) dengan 1/4 cawan susu, jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan lahan sehingga 5 minit. Biarkan kering dan bilas.
Untuk Menghilangkan kesan parut:
* Parut akibat jerawat boleh dihindari dengan memastikan anda jangan sekali kali memicit jerawat atau membenarkan oranglain memicitnya terutama apabila berkunjung kesalun kecantikan. Di Salun Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula, kami langsung tidak memicit jerawat atau menggunakan besi penekan jerawat. Ramuan tertentu digunakan dan dengan mudah dan lembut dapat mengecutkan jerawat dengan mudah tanpa memicitnya. Memicit jerawat menyebabkan kerosakan kulit lebih teruk dan mengakibatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak, ini mneyebabkan jerawat bertambah banyak dan muka dipenuhi parut.
* Parut akibat jerawat boleh dihindari dengan memastikan anda jangan sekali kali memicit jerawat atau membenarkan oranglain memicitnya terutama apabila berkunjung kesalun kecantikan. Di Salun Alam Kecantikan Zai's Beauty Formula, kami langsung tidak memicit jerawat atau menggunakan besi penekan jerawat. Ramuan tertentu digunakan dan dengan mudah dan lembut dapat mengecutkan jerawat dengan mudah tanpa memicitnya. Memicit jerawat menyebabkan kerosakan kulit lebih teruk dan mengakibatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak, ini mneyebabkan jerawat bertambah banyak dan muka dipenuhi parut.
Parut Berlekuk:
- Ambil sebiji timun, buang kulitnya. Kisar dan tapiskan airnya. Ambil hampas dan tempelkan pada muka. Tunggu 1/2 jam dan bersihkan.
- 2 helai daun sireh muda dikisar dan di tempelkan pada parut. Tunggu hingga kering dan bilas.
- Ambil segenggam Daun Pengaga bersama akarnya sekali dan kisar lumat. Campurkan dengan sedikit campuran tepung beras (1 camca teh tepung beras dilarutkan dengan 3 sudu makan air). Lumurkan dan biarkan semalaman.
Amalkan 3 kali seminggu
Parut Hitam atau Berwarna:
- 5 helai daun cekur dikisar halus dan dicampur dengan (1 camca teh penuh tepung beras dicabancuh dengan 2 sudu besar air). Satukan dan ratakan pada bahagian parut. Biarkan semalaman. Amalkan selalu.
Petua Mencerah, Menghalus dan Melicinkan kulit:
- Satu biji buah tomato masak dicampur 1 camca teh susu tepung. Lenyekkan dan perlahah lahan gosokkan pada muka dan leher. Lihat sahaja hasilnya. Lakukan 3-5 kali seminggu.
- 1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal, rendam semalaman.
- Keesokan harinya dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tunggu kering dan bilas. Lakukan seberapa kerap yang boleh.
- Sebiji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada kulit muka dan dibiarkan 20min. Bilas dengan air bersih.
- 1 biji sengkuang dan 1 biji karot dikupas. Rendam segenggam beras untuk 3 malam. Kesemua bahan ini dikisar halus. Sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30minit dan bilas.
- Semasa tanak nasi dan apabila nasi hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi(cecair likat). Lumurkan pada muka dan leher sewaktu masih suam. Biarkan kering dan bilas.
- 1 biji kentang, buang kulit dan campur dengan 1 biji kuning telur. Lumurkan pada muka dan bila kering terus bilas bersih dengan air suam.
Menangani Masaalah Kulit Kering
- Satu camca madu asli dihangatkan dan sapu perlahan lahan pada muka menggunakan jari. Lakukan 10minit. Bilas dengan air suam dan terus bilas sekali lagi dengan air ais.
- Satu camca besar Susu tepung dikacau dengan sedikit air. Ratakan pada muka. Biarkan sehingga kering dan bilas, terus diikuti dengan bilasan air ais.
- Sebiji Mangga, elok yang lembik. Kupas dan kisar lumat. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air.
- Selain dari khasiat untuk kulit kering, petua ini juga penyeri wajah:
Ambil sekuntum bunga mawar segar sebelum habis subuh. Ambil embunnya disapu pada muka dengan selawat dan niat. Lakukan tiga kali. kemudian dengan tangan kanan genggam dan hancurkan bunga tersebut selumat boleh, dan sapu rata pada muka. Jangan dibilas.
Jika Kulit Muka Anda Berminyak Cuba Petua Ini:
Tips: (sesuatu produk walaupun tidak ditulis pada labelnya mengandungi alkohol tetapi jika kulit terasa sejuk apabila diletakkan produk, itu menunjukkan produk tersebut mengandungi alkohol)
Tips: (sesuatu produk walaupun tidak ditulis pada labelnya mengandungi alkohol tetapi jika kulit terasa sejuk apabila diletakkan produk, itu menunjukkan produk tersebut mengandungi alkohol)
- Daun Peria 1 helai, cuci bersih dan ramas. Perlahan lahan sapukan pada kulit sebelum tidur.
- Segenggam Daun Saderi dikisar halus dengan sedikit air. Sejukkan dan sapu rata pada kulit. Bila kering bilas.
- Segenggam Daun Bayam dikisar halus dengan sedikit air. Campurkan sebiji kuning telur dan 1 camca teh madu lebah. Tempekkan pada muka dan biarkan 30 minit sebelum bilas.
Petua Menangani Masaalah Jerawat:
- Segenggam Pucuk jambu batu dikisar lumat. (Satu sudu besar tepung beras dibancuh dengan sedikit air) atau (2 sudu besar beras rendam 2 malam dikisar - ini lebih baik dari bancuhan tepung beras kerana dikhuatiri keasliannya). Campurkan Pucuk Jambu batu dan beras. Tempelkan pada bahagian jerawata sebelum tidur. Jadikan amalan harian.
- Beberapa helai pucuk daun tanjung dikisar dengan pucuk bunga raya putih. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Bilas bersih.
- Beberapa helai daun belimbing buluh dan 1 biji buah belimbing buluh tua dikisar dengan 1 camca teh tepung beras dan sedikit air (untuk mudahkan dikisar). Tempelkan pada jerawat sebelum tidur. Amalkan selalu.
- Ambil sebatang daun lidah buaya, bersihkan dan rebus dengan api yang perlahan sehingga lembik. Keluarkan lendirnya dan sapukan pada bahagian jerawat sebelum tidur.
- Segenggam daun inai dimasak dengan segenggam kacang dal(rendam semalaman kacang dal) dengan 4 gelas air. Didihkan dengan api perlahan sehingga likat. Sejukkan dan gunakan untuk bahagian jerawat.
Anda Menghadapi Masaalah Jeragat dan Pigmentasi? Cubalah Petua petua ini:
- 1 sudu besar beras yang direndam semalaman. 7 helai daun melati, 7 helai daun kemuning dan sedikit ibu kunyit. Kesemuanya dikisar lumat. Sehari sekali sebelum mandi sapukan pada muka, bila kering bilas. Lakukan setiap hari.
- Beberapa putik jambu batu dicampur putik bunga melor dikisar dan ditempelkan pada muka. Biarkan 30minit sebelum dicuci. Amalkan selalu.
- Seketul UbiKayu dan Seketul Carot diparut halus. Campurkan sedikit perahan limau nipis. Gaul rata. Sapukan pada muka dan biarkan kering.
- Beberapa helai daun sireh muda dicampur dengan daun teh(rendam dengan air panas dan biarkan semalaman) Kisar kesemuanya dan sapu pada muka seperti masker. Biarkan kering dan bilas dengan air ais.
No comments:
Post a Comment